Program Menyambut Hari Krismas, Tahun Baru 2024 & Tahun Baru Cina

JEMPUTAN merasmikan program perayaan masyarakat di Taman Ambar Park semalam. Meriah sungguh sambutan perayaan kali ini, dimana tiga perayaan disatukan dalam satu program.

Taman Ambar Park merupakan antara taman yang paling lama di daerah tawau. Oleh itu, pelbagai agama dan bangsa yang tinggal di kawasan ini.

Sambutan kali ini diadakan di Open Shed Gelanggang Basketball dimana saya telah menggunakan peruntukan ADUN tahun lepas bagi membina kemudahan infrastruktur dan pembangunan dalam kukusan. Jelas sekali, pembangunan sebegini amat diperlukan oleh masyarakat bagi menjalankan aktiviti komuniti seperti malam tadi.

Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat kukusan yang terdiri dari pelbagai bangsa,agama dan etnik terlihat dalam masyarakat kukusan. Di mana kemarin saya menyambut perayaan Thaipusam di Kuil Thirimurugan dan seterusnya semalam di Taman Ambar Park.

Tahniah saya diucapkan kepada KRT Taman Ambar Park En Jumain Abdullah dan AJK KRT atas usaha dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.