
Catching up bersama Pengarah Hospital Queen,
Tim Pengarah Hospital Tawau dan YBhg Dato’ Dr Mohd Azman bin Yakob, mantan peneraju pengoperasian hospital seluruh Malaysia.
Fokus perbincangan cuma satu human capital kesihatan.
Tenaga kesihatan bukan sekadar cukup bilangan,
tetapi mesti cukup jiwa, empati dan kesetiaan.
Siapa mereka, dari mana mereka datang
dan untuk siapa mereka berkhidmat itu yang lebih utama.
Sabah perlu melahirkan lebih ramai anak negeri sendiri sebagai doktor dan jururawat, yang faham rakyat, peduli pesakit dan sanggup berbakti di tanah air sendiri.
Kerana menjaga kesihatan rakyat bermula dengan menjaga manusia yang merawatnya.