Lawatan Bersama Menteri Ke Bangunan Baharu Hospital Tawau

Dalam rangka lawatan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib ke Tawau bagi memenuhi undangan Parti Harapan Rakyat Sabah, kami turut membawa beliau ke Hospital Tawau bagi meninjau perkembangan pembinaan bangunan baharu di situ.

Menerusi lawatan hampir satu jam, Pengarah Hospital Tawau Dr Norlimah Arsad telah memberi taklimat dan membawa kami melawat ke tapak bagi melihat sendiri secara dekat perkembangan projek berkenaan.

Difahamkan perkembangan pembinaan mencapai tahap 85 peratus. Menurut Datuk James, adalah penting baginya mengetahui perkara itu memandangkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan KKM di Putrajaya dan isu di Hospital Tawau antara perkara yang adakan dibawa dalam perbincangan tersebut.

Semoga ia memberi manfaat kepada rakyat Tawau dan Kalabakan semua. Terima kasih Datuk.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.