




Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Negeri 1447H/2026M Sabah yang berlangsung di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS di Kota Kinabalu.
Majlis yang penuh keberkatan ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam, malah menjadi wadah untuk kita menghayati serta memperkukuhkan kecintaan terhadap Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur serta semua peserta yang telah mempersembahkan bacaan dan hafazan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta Bahagian Tawau atas kejayaan dinobatkan sebagai johan keseluruhan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran pada tahun ini.
Kejayaan ini pastinya hasil usaha gigih para peserta, guru pembimbing serta sokongan padu seluruh pasukan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran dan berakhlak mulia.
Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga Bahagian Tawau.