Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran Sempena Ramadan 1445H Anjuran Wanita Usia Bahagian Tawau

HARI ke-6 puasa,saya menerima jemputan dari Ustazah Hajah Aisah Bt OKk Haji Zainal Ketua Wanita Usia Bahagian Tawau bagi merasmikan Majlis Tadarus Dan Khatam Al- Quran Sempena Bulan Ramadhan 1445H di Ruang Masjid Raya pagi tadi.

Majlis khatam Al-Quran di bulan ramadhan ini dapat memberi kesan positif kepada keadaan mental dan emosi. Dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan semangat kemasyarakatan dan perpaduan dalam kalangan jemaah, mewujudkan suasana penuh kasih sayang.

Majlis Khatam dan Tadarus ini dibimbing oleh Al Fadhil Ustaz Tahanhg@Abdur Rahman Bin Salleh. Selain itu, ceramah dan perkongsian ayat-ayat al-quran yang baik untuk diamalkan turut dikongsikan oleh Ustaz Fadil di dalam ceramah beliau.

Team saya juga turut menyampaikan takwim bulan puasa dan kurma kepada lebih kurang 200 peserta yang mengikut majlis khatam al quran.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana kerana menjemput saya menghadiri majlis yang penuh berkah ini, lebih-lebih lagi diadakan pada bulan yang mulia.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.