



Minggu lepas saya merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Penggredan Premis Makanan di Dewan Masyarakat Tawau.
Usaha ini penting untuk pastikan setiap premis makanan menjaga kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan seperti yang ditetapkan.
Penggredan ini bantu orang ramai buat pilihan dengan lebih yakin. Dalam masa sama, ia jadi motivasi kepada pengusaha untuk kekalkan standard terbaik.
Kita mahu bila orang makan di kawasan kita, mereka rasa selamat dan puas hati.
Saya mau tanya juga pernah kah kamu semak gred kebersihan sebelum masuk makan? Atau kamu pilih ikut rasa sahaja?
Kongsikan pandangan kamu di ruangan komen.
Kita bincang sama-sama demi kebaikan komuniti kita.