
Kemarin, saya menerima kunjungan hormat daripada pihak Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Tawau berkenaan penganjuran Sambutan Hari Autisme yang akan berlangsung pada 20 April 2026 di Auditorium Hospital Tawau.
Program ini untuk tingkatkan kefahaman masyarakat tentang autisme dan sokongan yang ada untuk anak-anak kita.
Sebagai Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, saya sokong penuh usaha ini. Kesedaran dan sokongan komuniti sangat penting.
Kita mahu lebih ramai faham.
Kita mahu lebih ramai peduli.
Kita mahu komuniti yang saling menyokong.
Ada ibu bapa atau penjaga anak autisme di sini? Atau pernah berdepan pengalaman berkaitan autisme?
Kongsikan pandangan atau pengalaman anda di ruangan komen.
Sama-sama kita bina masyarakat yang lebih inklusif dan prihatin.