

Merujuk kepada aduan yang telah disampaikan oleh warga Taman King Fook berhubung kejadian banjir yang berulang, satu pemantauan lapangan telah dilaksanakan bersama pihak berkaitan.
Kronologi dan Hasil Pemantauan:
1. Aduan diterima daripada penduduk mengenai kejadian banjir yang berlaku setiap kali hujan lebat serta apabila berlaku kenaikan aras air sungai.
2. Lawatan tapak telah dijalankan bersama jurutera daripada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) serta UPPM N70 Kukusan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
3. Hasil pemerhatian mendapati terdapat satu saluran air dari sungai yang mengalir masuk ke dalam parit utama Taman King Fook.
4. Apabila berlaku kenaikan aras air sungai, aliran tersebut menyebabkan parit utama cepat dipenuhi air.
5. Sekiranya hujan lebat berterusan melebihi dua jam, keadaan ini mengakibatkan limpahan air dan banjir di beberapa buah rumah yang terletak di kawasan rendah.
Tindakan Susulan:
1. Pihak Majlis Perbandaran Tawau melalui bahagian kejuruteraan akan melaksanakan penutupan saluran air dari sungai ke parit utama Taman King Fook sebagai langkah mitigasi.
2. Tindakan ini diharap dapat mengurangkan risiko limpahan air serta mencegah kejadian banjir daripada berulang pada masa akan datang.
Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua pihak.
KAMU ADU KAMI BANTU