Masalah Banjir dan Loji Kumbahan di Taman King Fook

Masalah penduduk Taman King Fook, tiga tahun lalu mengenai masalah banjir dari loji kumbahan berhampiran berulang kembali.

16 Jun lalu, saya menerima aduan daripada penduduk di situ mengenai masalah tersebut, dan segera ke lokasi untuk meninjau keadaan sebenar.

Difahamkan logi tersebut telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab sebelum mencuri pam dan beberapa barangan lain menyebabkannya gagal berfungsi dan berlaku limpahan air kumbahan.

Saya turut memerhatikan kawasan sekitar juga dipenuhi semak-samun yang mungkin memudahkan pencuri bersembunyi sebelum melakukan aktiviti mereka di situ.

Selepas diteliti, sebenarnya masalah air kumbahan melimpah dan membanjiri rumah penduduk pernah diadukan pada tahun 2018.Ketika itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah memaklumkan kerja pembaikpulihan dilakukan termasuk menggantikan pam yang dicuri.

Ia satu masalah berulang. Justeru, saya berharap bukan sahaja penggantian pam dilakukan, pihak berwajib termasuk MPT dan KKR dapat menambahbaik sistem keselamatan di loji tersebut termasuk membina pagar lebih tinggi, kawat duri dan sebagainya bagi menghalang ia daripada terus diceroboh.

Kawasan sekitar juga perlu dibersihkan secara berkala. Saya difahamkan ia milik individu dan berharap pihak terbabit dapat memastikan ia tidak dipenuhi semak samun seperti lawatan saya pada 16 Jun lalu.

Aduan telah disampaikan kepada MPT untuk tindakan lanjut. Dan hari ini, saya dimaklumkan kawasan tersebut telah dibersihkan MPT.

Diharapkan KKR dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah penduduk di Taman King Fook yang bukan saja diancam banjir, tetapi juga bau busuk serta masalah kebersihan/kesihatan.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.