

Minggu lepas, saya di Masjid Baitur Rahman Bal menyantuni 15 golongan yang memerlukan seperti warga emas, anak yatim, asnaf dan ibu tunggal.
Bulan Ramadan mengingatkan kita bahawa kebajikan rakyat sentiasa perlu diberi perhatian, lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan.
Turut hadir YB Datuk Andy Suryady Hj Bandy, Ahli Parlimen P191 Kalabakan yang turut menyantuni warga Kg Muhibbah Bal.
Di kawasan tuan puan ada lagi yang perlu dibantu? Tulis di komen atau maklumkan kepada kami. Kita cuba usahakan bersama.