


Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Bil.4 Tahun 2026 yang diadakan di pejabat kementerian.
Mesyuarat ini diadakan sebagai susulan kepada Mesyuarat Kabinet Negeri bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan serta menyelaras pelaksanaan di peringkat kementerian.
Melalui perbincangan ini, setiap dasar dan keputusan kerajaan dapat diterjemahkan dengan lebih teratur dan berkesan demi manfaat serta kesejahteraan rakyat.