


Isu banjir di Taman Hill Top yang telah sekian lama membelenggu penduduk akhirnya mendapat perhatian dan tindakan susulan.
Aduan Awam
Aduan penduduk mengenai masalah banjir telah diterima dan dikumpulkan oleh UPPM N70 Kukusan.
Dibawa ke Mesyuarat
Perkara ini kemudiannya dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar bagi mendapatkan perhatian dan tindakan pihak berkaitan.
Tindakan Pihak MPT
Hasil daripada mesyuarat tersebut, pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) telah mengambil tindakan dengan melaksanakan kerja-kerja pembinaan semula sistem perparitan di kawasan Taman Hill Top.
Skop Kerja
Kerja yang dilaksanakan melibatkan pembinaan parit yang lebih besar dan lebih tinggi bagi memperbaiki aliran air di kawasan tersebut.
Status Semasa
Ketika ini, kerja-kerja pembinaan semula parit sedang giat dilaksanakan di kawasan Taman Hill Top.
Saya akan terus komited memperjuangkan keperluan rakyat dan memastikan setiap aduan yang disuarakan mendapat perhatian serta tindakan sewajarnya.
Bersama kita terus berusaha mencari penyelesaian terbaik demi kesejahteraan komuniti.
Pauntan aduan yang telah dipantau oleh kakitangan UPPM N.70 Kukusan
https://www.facebook.com/share/1DsG5pt8PW/?mibextid=wwXIfr
KAMU ADU KAMI BANTU.