


Alhamdulillah, inisiatif ini terus meringankan beban peniaga dan masyarakat:
Pemberian E-Wallet RM20
Bantuan sewa tapak RM100
Insentif RM100 untuk peniaga yang turunkan harga makanan
Sebagai Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat, saya sentiasa peka dengan rakyat dan pastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan, terutamanya di bulan Ramadan.
Terima kasih KPDN Sabah, khususnya Mohd Roli Aliman, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Tawau, atas usaha memastikan program ini berjalan lancar.
Turut diadakan MySaveFoodBank dengan kerjasama sukarelawan pelajar Kolej Komuniti, mengumpul lebihan makanan daripada peniaga bazar untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan setiap bantuan dan program sampai kepada yang benar-benar memerlukan.
Semoga masyarakat Tawau terus beri kerjasama aktif melalui aduan rasmi yang lengkap kepada pihak KPDN Sabah.