Majlis Berbuka Puasa UPPM Negeri Sabah Ramadan 1445H | 2024 Dengan Kerjasama Kim Teck Cheong Consolidated Berhad

SAYA menerima jemputan ke Majlis Berbuka Puasa UPPM Negeri Sabah dengan kerjasama Kim Teck Cheong Consolidated Berhad di Dewan Dato Sri Najib, Merotai.

Beberapa penerima merupakan golongan asnaf yang dipilih dari setiap UPPM di dalam Dun Kalabakan menerima bantuan wang tunai dan bakul makanan. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan harian keluarga penerima bantuan kali ini.

Terima kasih kepada Datuk Awang Kadin Tang Pengarah UPPM Negeri Sabah dengan kerjasama Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad atas anjuran kali ini. Tahniah diucapkan kepada UPPM Merotai, PPM Tuan Jailani Chachu selaku tuan rumah yang turut bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

Turut hadir YB Datuk Andi Suryady Ahli Parlimen Kalabakan merangkap ADUN N71 Tanjung Batu, YB Hasan Ag Gani Pg Amir N73 Sebatik.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.