

Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PADUNEGERI) yang pertama bagi tahun ini.
Sabah terkenal dengan kepelbagaian kaum, budaya dan kepercayaan. Justeru, usaha memperkukuh perpaduan perlu sentiasa diberi perhatian agar keharmonian yang kita nikmati hari ini terus terpelihara.
Dalam pertemuan ini, pelbagai pandangan dan cadangan daripada agensi serta pihak berkepentingan dapat dihimpunkan bagi memastikan setiap langkah yang diambil benar-benar menyokong semangat kebersamaan rakyat di negeri ini.
Semoga usaha ini terus memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan masyarakat Sabah.