



Hati siapa yang tidak tersentuh bila melihat senyuman anak-anak kecil yang sedang diuji dengan sakit, tetapi masih mampu tersenyum bila ada yang datang menyantuni.
Saya hadir bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang turun sendiri melawat pesakit wanita dan kanak-kanak di Hospital Lahad Datu.
Dalam lawatan ini:
• 60 kanak-kanak pesakit menerima sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Negara
• 40 ibu yang baru melahirkan turut disantuni
Inilah tanda keprihatinan kerajaan yang mahu melihat rakyat terus kuat walau sedang diuji.
Saya selaku Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah mewakili Kerajaan Negeri Sabah amat menghargai usaha ini.
Bila kerajaan negeri dan persekutuan sama-sama turun padang, yang paling terasa manfaatnya adalah rakyat.
Doa kita semoga anak-anak ini cepat sembuh, dan para ibu dipermudahkan urusan menjaga amanah kecil yang baru lahir ke dunia.