
Setiap anak berhak melangkah ke sekolah dengan rasa yakin dan gembira.
Sempena sesi persekolahan baharu, Pejabat ADUN N.70 Kukusan menganjurkan Program Gunting Rambut Bergerak PERCUMA khas untuk anak-anak di kawasan DUN Kukusan.
10 & 11 Januari 2026 (Sabtu & Ahad)
8.00 pagi – selesai
Kawasan DUN Kukusan
Inisiatif kecil ini membawa makna besar bagi meringankan beban ibu bapa, menyuntik keyakinan anak-anak, dan menyemai semangat ke sekolah dengan penampilan kemas.
Maklumat lanjut:
Puan Ain | 014-744 6558
Bersama kita jaga kebajikan rakyat, bermula dari langkah kecil untuk masa depan anak-anak.