Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Kunjungan Hormat Daripada Kelab Radiologi Hospital Tawau

Saya menerima kunjungan hormat daripada Kelab Radiologi Hospital Tawau di pejabat saya.

Pertemuan ini membuka ruang untuk mereka berkongsi peranan serta inisiatif kelab, khususnya dalam meningkatkan kesedaran mengenai kanser payu dara dalam kalangan masyarakat.

Saya menghargai komitmen mereka yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada rawatan, tetapi turut aktif melaksanakan program kesedaran, aktiviti komuniti serta pendekatan turun padang melalui ceramah di pelbagai peringkat. Usaha ini juga merangkumi penekanan terhadap aspek keselamatan radiasi.

Inisiatif seperti ini amat penting dalam memastikan masyarakat lebih peka terhadap kesihatan dan mendapatkan saringan awal.

Saya akan terus menyokong usaha yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam aspek kesihatan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.