Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

 Sumbangan Kepada Pusat Komuniti Dan Kebajikan

Sempena ulang tahun kelahiran ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, satu majlis penyampaian sumbangan telah diadakan melibatkan beberapa pusat komuniti dan kebajikan di daerah Tawau iaitu:

1. Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sri Stella, Tawau.

2. Pemulihan Dalam Komuniti, Kem Kabota

3. Pemulihan Dalam Komuniti,Felda Umas

4. Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau

5. Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Tawau

6. Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Tawau

7. UGO Care Centre

8. Superkids Daycare Centre

9. Tawau Benevolent CareCenter Aokam

10. Akademik Quranis Tawau

Melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah di bawah Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, sumbangan sebanyak RM2,000 telah disalurkan kepada setiap penerima.

Saya selaku Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap ADUN N70 Kukusan turut mengiringi Tuan Yang Terutama dalam acara ini.

Penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa kebajikan masyarakat, khususnya golongan kanak-kanak dan komuniti yang memerlukan.

Diharapkan sumbangan ini dapat memperkukuh peranan pusat-pusat berkenaan dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkesan serta memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.