Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

 Pusat Autisme Tawau Mula Operasi Mac, Tampung 49 Pelajar

TAWAU: Pusat Autisme pertama di Pantai Timur Sabah yang terletak di Sri Stella, di sini, dijadualkan mula beroperasi pada Mac ini sebagai usaha memperluas akses pendidikan khas kepada kanak-kanak autisme di daerah berkenaan.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Haji Jainal berkata, pembukaan pusat itu merupakan komitmen kerajaan negeri dalam menaik taraf kemudahan pendidikan khas bagi memenuhi peningkatan permintaan ibu bapa.

Menurut beliau, setakat ini empat kelas disediakan dengan seramai 49 kanak-kanak telah mendaftar bagi sesi permulaan.

“Kita melihat permintaan terhadap kelas bimbingan autisme semakin meningkat dan keperluan ini semakin mendesak.

“Justeru, empat kelas awal disediakan dan kita akan meneliti penambahan kelas dari semasa ke semasa mengikut keperluan serta kapasiti sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama asnaf dan warga Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) Peringkat Daerah Tawau, di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS), Jais Asri berkata, pembukaan pusat di Tawau itu menjadikannya cawangan kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu dan yang pertama di Pantai Timur.

Menurut beliau, kelas dijadualkan bermula awal Mac manakala majlis perasmian rasmi akan diadakan pada April depan.

“Empat kelas yang ada telah dibaik pulih serta dilengkapi kemudahan bersesuaian bagi tujuan pembelajaran kanak-kanak autisme.

“Setakat ini 49 kanak-kanak telah berdaftar dan jumlah itu dijangka meningkat apabila operasi berjalan sepenuhnya,” katanya.

Beliau memaklumkan bahawa di Tawau sahaja terdapat hampir 1,200 kanak-kanak berdaftar di bawah kategori autisme, sekali gus menunjukkan keperluan terhadap kemudahan pendidikan khas masih besar.

Bagaimanapun, penambahan kelas pada masa ini berdepan kekangan terutama dari segi kepakaran tenaga pengajar yang perlu menjalani latihan khusus terlebih dahulu.

“Apabila guru baharu selesai menjalani latihan, kita akan menambah kelas secara berperingkat bagi menampung keperluan semasa,” katanya.

Menurut beliau, inisiatif tersebut membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kanak-kanak autisme mendapat akses intervensi awal dan bimbingan yang lebih tersusun serta berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.