
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kebijaksanaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi negara serta memimpin rakyat dengan penuh hikmah dan kewibawaan.
Sesungguhnya institusi Raja berperanan sebagai lambang perpaduan, kestabilan dan keharmonian negara yang sentiasa menjadi payung kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.
Daulat Tuanku.