Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

 Dynamic Child Therapy Centre Rai Ulang Tahun Ke-2

Kemarin, saya berkesempatan merasmikan Dynamic Child Therapy Centre (DCTC) sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-2.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Dr. Shari Bin Nor selaku Pengasas DCTC, Puan Siti Binti Dagar selaku Pengarah DCTC, seluruh pengurusan, ahli terapi serta warga kerja yang tidak pernah jemu memberikan harapan kepada anak-anak dan keluarga di Tawau.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Puan Norashima Binti Stephenus @ Ibrahim mewakili Pengarah Hospital Tawau merangkap Ketua Unit Terapi Cara Kerja Hospital Tawau, Dr. Muhammad Farhan Fitri Bin Jacob, Ketua Jabatan Psikiatrik Hospital Tawau, Puan Nor Azlin Binti Yusuf mewakili Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Tawau, para pelabur, doktor-doktor, ibu bapa serta semua tetamu yang hadir.

Sepanjang dua tahun beroperasi, lebih 2,500 orang kanak-kanak telah menerima manfaat melalui pelbagai perkhidmatan terapi seperti Occupational Therapy, Speech Therapy serta program Early Intervention. Ini bukan hanya angka, tetapi 2,500 peluang untuk anak-anak membina masa depan yang lebih baik.

Anak-anak istimewa seperti ADHD, autisme dan mereka yang memerlukan intervensi awal berhak mendapat sokongan, kasih sayang dan rawatan terbaik. Semakin awal mereka dibantu, semakin besar peluang mereka untuk berdikari dan menjalani kehidupan dengan lebih yakin pada masa hadapan.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang tidak pernah berputus asa berjuang demi anak-anak. Percayalah, setiap usaha hari ini adalah pelaburan paling berharga untuk masa depan mereka.

Semoga Dynamic Child Therapy Centre terus berkembang dan menjadi pusat terapi yang membawa lebih banyak sinar harapan kepada keluarga di Tawau serta seluruh Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.