Dukacita Kebakaran Taman Ria 11

Dua Jemputan dan Pertemuan yang Menceriakan

Selamat Pengantin Baharu

Dari Dialog Kepada Tindakan, Demi Masa Depan Anak Sabah

Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

 Program Jelajah Kesedaran Kanser Payudara Tawau 2026

Hari ini saya turun ke Hospital Tawau untuk merasmikan Program Jelajah Kesedaran Kanser Payudara Tawau 2026.

Saya mau pesan kepada semua wanita, jangan takut untuk buat pemeriksaan dan saringan kanser payudara.

Jangan tunggu sampai rasa sakit atau ada perubahan pada tubuh baru mahu periksa. Lebih awal kita kesan, lebih baik peluang untuk mendapatkan rawatan.

Saya juga ingin sampaikan satu perkara kepada semua pejuang kanser payudara. Saya faham, perjalanan menjalani rawatan bukan mudah, apatah lagi bagi mereka yang perlu datang dari Tawau ke Kota Kinabalu untuk menjalani kemoterapi.

Sekiranya ada antara kamu yang perlu ke Kota Kinabalu untuk rawatan tetapi menghadapi masalah tempat penginapan, kamu boleh mendapatkan kemudahan penginapan di Pink Haven, Kota Kinabalu.

Jangan risau kalau tiada tempat untuk menginap sepanjang menjalani rawatan. Kami berharap kemudahan ini dapat membantu meringankan sedikit beban kamu dan keluarga.

Kepada semua wanita, sayangi diri sendiri. Luangkan sedikit masa untuk buat pemeriksaan.

Jangan malu, jangan takut dan jangan bertangguh. Kesihatan diri kita jangan diabaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.