


Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Paina Binti Ngadi, khususnya KC Nuramalina di Kg Rainbow.
Menerusi CDO Kukusan, En. Mohd Khairul Faiz Jairul yang mewakili saya, bersama pihak UPPM N.70 Kukusan dan JKKK Kampung Jawa, Puan Junaidah Biawangi, telah menyampaikan salam takziah serta ucapan simpati kepada keluarga Allahyarhamah.
Kehilangan insan tersayang pastinya meninggalkan kesedihan yang sukar digambarkan. Saya doakan semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Salam takziah daripada saya dan seluruh warga UPPM N.70 Kukusan.