Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

 Satu Mesin, Seribu Harapan

Pemerkasaan wanita bermula dengan memberi ruang, peluang dan kemahiran. Hari ini, sembilan wanita berjaya menamatkan latihan sekaligus membuktikan bahawa dengan ilmu, kesungguhan dan bimbingan yang betul, wanita mampu membina keyakinan diri, menjana pendapatan serta menjadi kekuatan kepada keluarga dan masyarakat.

Hari ini saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Penyerahan Mesin dan Tamat Latihan Latihan Sesi 1/2026 di Skill Lab Training (SLT) Tawau.

Dalam majlis yang sama, saya turut menyerahkan sebuah mesin jahit sebagai simbol sokongan agar kemahiran yang dipelajari dapat diteruskan dan dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan.

Inilah yang kita mahu lihat. Peserta pulang dengan semangat, kemahiran dan keyakinan untuk membina masa depan yang lebih baik buat diri serta keluarga.

Syabas dan tahniah kepada Puan Harisyah Kamarudin, Pengurus Skill Lab Training (SLT) Tawau, atas komitmen serta usaha yang tidak pernah putus dalam menyediakan ruang pembelajaran kemahiran kepada masyarakat.

Penghargaan juga saya rakamkan kepada Datuk TS Abdul Malik bin Yusuf, Penasihat Teknologis Profesional TVET Academy Sdn. Bhd., atas kesudian hadir dan bersama-sama menyokong agenda pemerkasaan TVET yang mampu melahirkan lebih ramai tenaga mahir serta usahawan baharu.

Tahniah kepada kesemua sembilan peserta. Teruskan melangkah, kerana setiap kemahiran yang diasah hari ini mampu membuka lebih banyak pintu rezeki pada masa hadapan.

Semoga usaha murni seperti ini akan terus diperkasakan demi melahirkan lebih ramai masyarakat yang berkemahiran, berdikari dan berdaya saing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.