



Satu meja, beberapa pemimpin wanita daripada agensi yang berbeza.
Bersama KSU Kementerian Perpaduan Negara, Dato’ Haslina Abdul Hamid, Pengarah JPNIN Sabah, Puan Rina Harun dan Pengarah JHEWA Sabah, Hajah Haslina.
Banyak perkara yang boleh dikongsi apabila kita duduk bersama, bertukar pandangan dan melihat ruang kerjasama yang boleh membuka lebih banyak peluang, khususnya dalam aspek ekonomi dan pembangunan wanita.
Semoga pertemuan seperti ini terus membuka ruang untuk kita saling menyokong dan menguatkan peranan wanita dalam komuniti.