Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

 Sumbangan kepada 56 KIR Mangsa Kebakaran Kg Sentosa Blok 4

Menerusi UPPM N.70 Kukusan PPM Kukusan, Tuan Sukardi Mashuri, mewakili saya untuk mengiringi Datuk Pengarah Yayasan Kebajikan Negeri Sabah (YKNS), Datuk Hajah Diyanah Abdullah, dalam penyampaian sumbangan tunai kepada 56 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Sentosa Blok 4.

Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah atas keprihatinan serta perhatian yang diberikan kepada nasib keluarga mangsa kebakaran.

Sumbangan ini pastinya membawa makna besar buat mereka yang sedang berdepan dengan kesan musibah tersebut.

Kepada semua keluarga yang terjejas, terus kuat dan tabah. Kita akan terus menyantuni keperluan mangsa dan mengusahakan bantuan yang bersesuaian agar mereka tidak merasa terpinggir dalam menghadapi ujian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.