Sumbangan Majlis Ugama Islam Sabah Dan Pusat Zakat Sabah Buat Mangsa Kebakaran Di Kg Sri Menanti Dan Jawa Sentosa, Tawau

SEMALAM, Majlis Ugama Islam Sabah dan Pusat Zakat Sabah menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM500 kepada 30 ketua isi rumah mangsa kebakaran di mukim Kukusan.

Selain wang tunai, beberapa barangan keperluan turut diberikan mangsa kebakaran bagi mengurangkan sedikit beban mereka.

Saya tahu, sumbangan ini tidak akan dapat menggantikan kerugian, kesedihan dan trauma yang dialami mangsa. Namun, saya dan Parti Harapan Rakyat Sabah berusaha untuk mendapatkan sebanyak mana mungkin bantuan untuk mangsa kebakaran daripada agensi kerajaan berkaitan.

Terima kasih kepada Timbalan Yang Di Pertua MUIS Ustaz Malai Ali Malai Ahmad dan Ketua Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah Encik Iwansuzairie Hari yang turut hadir mewakili agensi masing-masing.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.