Penyerahan Sumbangan Kepada 12 KIR Mangsa Kebakaran Taman Victoria

PAGI ini, saya telah menyampaikan sendiri sumbangan awal wang tunai RM500 daripada ADUN KUKUSAN kepada 12 KIR mangsa kebakaran Taman Wawasan Victoria baru-baru ini. Selain itu, sebanyak 20 set telekung turut saya sumbangkan kepada kumpulan penggerak wanita ASMAUL HUSNA Tawau untuk diagihkan bersama sumbangan kain pelikat/ sarung dan tunai RM100 kepada mangsa kebakaran.

Pihak Kebajikan Tawau dan NADMA (diwakili oleh APM) juga menyerahkan kit keperluan asas seperti dapur gas dan bahan makanan.

Team saya berjaya mengumpul sumbangan 2 buah beg tudung pasang siap dari NK Gallery cawangan Sabindo kepada mangsa nahas wanita terlibat.

Terima kasih UPPM N70 Kukusan, WANITA GRS dan Wanita Kukusan yang turut mengiringi saya dalam pergerakan penyerahan sumbangan ini.

Sekali lagi, semoga mangsa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menjalani ujian besar ini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.