Edit Content

Selamat Pengantin Baharu

Dapur ke Dapur bersama Wanita Kampung Gabungan, Muhibbah Raya

Rina Jainal Umum Letak Jawatan, Kekal Berjuang Di Kukusan

Rina Pertikai Tindakan PHRS, Dakwa Dihalang Jadi Calon Kukusan

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan (Vol. 2)

Salam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ajesman Bin Tangsi

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan

Ngopi Dulu Baru Kamu

Menyantuni Keluarga Allahyarhamah Darmia binti Abdullah

Menghadiri Majlis Kenduri Keluarga Haji Ahmad Bin Tapa

 Melawat Tapak Pelupusan Al-Quran di Masjid Ba’bus Saadah Kg Muhibbah Raya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Minggu lalu saya berkesempatan melawat tapak pelupusan al-Quran di Masjid Ba’bus Saadah Kampung Muhibbah Raya, Tawau.

Terselit rasa bangga apabila dimaklumkan oleh pengurusan masjid apabila tapak pelupusan al-Quran ini adalah yang pertama seumpamanya di Sabah.

Idea ini dicetuskan sendiri ahli kariah masjid, Ustaz Zulnizam, yang mana mesin pembakaran turut dibuat sendiri oleh anak jati Tawau yang beroperasi di mukim Kukusan, Encik Suhardi Mishadi.

Saya difahamkan proses ini dilakukan secara kecil-kecilan dan mampu membakar antara 30 hingga 40 kilogram bahan dalam satu-satu masa.

Apa yang menariknya, semua hasil pendapatan daripada aktiviti pelupusan al-Quran ini akan disalurkan kepada Tabung Masjid Ba’bus Saadah untuk digunakan atau dikembalikan kepada kebajikan masyarakat setempat.

Tahniah saya ucapkan atas idea bernas ini dan ia wajar dicontohi di tempat lain.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.