Aduan Dari Saudara Mohd Ali Yang Terputus Punca Pendapatan Semenjak Pandemik

Lokasi: Kg Hill Top Blok 4

Menerima aduan dari saudara Mohd Ali yang diterima oleh team pejabat saya melalui banci yang kami lakukan baru-baru ini di sekitar Kg Blok 4.

Beliau merupakan antara yang terputus punca pendapatan semenjak pandemik melanda dengan mengharapkan pendapatan seorang sahaja anaknya yang bekerja.

Keadaan rumah yang didiami oleh keluarga mereka sejak beliau masih kecil lagi sudah betul-betul usang walaupun dari luarnya kelihatan kukuh. Kos baik pulih adalah terlalu tinggi kerana melibatkan lantai dan syiling, dan struktur asas seperti tiang sudah hampir hancur dimakan anai-anai.

Oleh kerana beliau terdaftar e-kasih, pihak pejabat kami akan berusaha untuk memohon PPR untuk keluarga beliau memandangkan keadaan rumah yang sudah tidak selamat untuk diduduki.

Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published.