Selamat Menyambut Hari Kebangsaan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Hari ini, 31 Ogos menjelang lagi. Hari cukup istimewa buat negara kita dan Sabah kerana menyambut hari kemerdekaan, namun, berbeza tahun.

Lazimnya bermula 1 Ogos, sambutan bulan kemerdekaan ini berlanjutan sehingga 16 September sempena penubuhan Malaysia.

Pastinya pelbagai kaedah dilakukan bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan. Dari kibaran Jalur Gemilang dan bendera negeri, kita boleh melihatnya di mana-mana baik di kereta, kediaman, pejabat malah basikal anak kecil turut diletakkan kibaran bendera.

Kita semua sedar, keterbatasan sedia ada, menyebabkan adalah mustahil kita meraikan bulan kemerdekaan seperti dulu.

Namun, bagi saya, kemerdekaan itu bukan terletak pada sambutan gilang gemilang, dengan perarakan atau majlis gah. Bukan juga dengan hiburan, nyanyian merdu si penyanyi dan sebagainya. Tetapi ia perlu bermula daripada hati.

Seperti mana datuk, nenek, moyang kita mula menyemai semangat kemerdekaan di dalam hati. Begitu juga dengan kita hari ini, melatih diri sendiri untuk menghargai detik kemerdekaan bermula dari sanubari.

Justeru, saya cabar diri sendiri untuk menyemarakkan hari merdeka di Pejabat DUN N70 Kukusan. Terus terang, melihat Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah berkibar, suatu perasaan bangga menyelinap jauh dilubuk hati.

Bangga, sebak dan bersyukur kerana saya lahir sebagai anak Malaysia, anak Sabah dan sudah tentu sebagai anak Tawau bumi bertuah ini.

Ayuh, masih belum terlambat untuk turut sama berbangga sebagai anak Malaysia, kibarkan bendera anda bersama keluarga masing-masing.

Jaga diri. Malaysia Prihatin.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.