Melawat sebuah rumah daif yang dihuni oleh seorang warga emas bersama keluarganya

Kampung Sentosa, Kukusan; 8 Disember 2020

Setibanya saya dari lapangan terbang pagi tadi, setelah bersarapan saya terus melawat sebuah rumah daif yang dihuni oleh seorang warga emas bersama keluarganya.

Isterinya mempunyai masalah ingatan, anak-anak dan cucu-cucunya juga tinggal sebumbung. Menjadi kerisauan melihat lantai dapur yang diperbuat daripada kayu dijadikan lantai cucian yang sudah reput menanti masa.

Terfikir keadaan anak-anak kecil berlari di dalam rumah yang tidak selamat begitu. Kedudukan di dalam blok pembangkang yang tidak mendapat peruntukan dari kerajaan negeri agak menyukarkan.

Namun, usaha tetap saya ikhtiarkan semoga keluarga pakcik Ali dilindungi oleh-Nya.

Rina Hj Jainal
YB ADUN N70 KUKUSAN.

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.