Bendera Putih Di Airport Lama: Pembahagian Bakul Makanan Yang Tercicir Oleh Pihak Kerajaan

Pagi tadi setelah menerima whatsapp memohon bakul makanan, saya telah mengarahkan team saya ke lokasi untuk memeriksa keperluan 7 keluarga di sana. Setibanya mereka, bendera putih sudah pun dikibar.

Saya menyegerakan bakul makanan dan bergegas ke sana. Ada sebuah keluarga yang betul-betul terjejas disebabkan putus punca pendapatan yg bekerja sebagai cleaner di sekolah. Dia mempunyai anak kecil dan yang bersekolah, dia memilih untuk menaikkan bendera putih (kain tudung) di atas pagar kawasan rumah panjang tersebut.

Terdapat juga seorang pakcik yang mengalami strok tinggal seorang diri di sini. Beliau mendapat bantuan kebajikan setiap bulan dan memaklumkan dia tidak menyedari bendera putih yg dipasang oleh jirannya.

Semasa saya di sana, seorang lagi pakcik yang bekerja sebagai sekuriti di pejabat bandar baru pulang dari syif.

Saya berasa kesal kerana pembahagian bakul makanan dari kerajaan negeri adalah yang hanya melibatkan kawasan PKPD dan penerima E-kasih sahaja. Walhal seluruh rakyat sedang berada dalam PKP dengan kehilangan pekerjaan, potongan gaji dan putus punca pendapatan.

Saya mengambil peluang berkenalan dengan semua penghuni. Saya menghulurkan sedikit sumbangan tunai untuk membeli keperluan bayi dan anak2 kecil. Juga kepada pakcik yang strok tadi untuk beli ubat-ubatan.

Saya telah meminta bendera putih itu diturunkan pada masa itu juga. Saya juga telah melantik adik yang menaikkan bendera itu untuk menjadi wakil kepada semua penghuni di rumah panjang tersebut jika ada keperluan kelak.

Malam ini, saya lihat sudah ramai yang menghantar bantuan ke sana. Terima kasih atas keprihatinan semua. **Penghargaan kepada Pasar Mini Roswad yg turut membantu melengkapkan bakul makanan kami kali ini.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published.