Edit Content

Dapur ke Dapur bersama Wanita Kampung Gabungan, Muhibbah Raya

Rina Jainal Umum Letak Jawatan, Kekal Berjuang Di Kukusan

Rina Pertikai Tindakan PHRS, Dakwa Dihalang Jadi Calon Kukusan

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan (Vol. 2)

Salam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ajesman Bin Tangsi

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan

Ngopi Dulu Baru Kamu

Menyantuni Keluarga Allahyarhamah Darmia binti Abdullah

Menghadiri Majlis Kenduri Keluarga Haji Ahmad Bin Tapa

Menghadiri Majlis Kenduri Tahlil Keluarga Pn. Dayang

 Agihan Kalendar 2025

Agihan kalendar 2025 kepada pemimpin setempat, termasuk ketua kampung, JKKK Kampung ,pengerusi masjid dan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) oleh kakitangan UPPM N.70 Kukusan Pemaju Mukim Kukusan Mohd Khairul Faiz B Jairul dan Yapp Hang Cheng, bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara pemimpin Dun Kukusan dengan masyarakat setempat.

Kalendar ini bukan sahaja berfungsi sebagai panduan tarikh, tetapi juga memaparkan maklumat penting, seperti jadual program komuniti, hari perayaan, dan peringatan nasional.

Proses agihan ini dilakukan secara berperingkat melalui sesi kunjungan ke kawasan masing-masing. Langkah ini memastikan semua pemimpin tempatan dapat menggunakan kalendar tersebut untuk merancang aktiviti yang lebih tersusun, sejajar dengan usaha mempererat kerjasama dan perpaduan dalam komuniti.

Bagi warga Kukusan yang ingin mendapatkan kalendar boleh terus ke Pejabat ADUN N70 Kukusan, Gaya Komersial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.