


Minggu lalu, saya menyampaikan sumbangan 30 buah kerusi kepada anak-anak Tadika KEMAS sebagai usaha kecil bagi membantu menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif buat mereka.
Pada masa yang sama, saya turut mendengar beberapa pandangan dan luahan daripada pihak pengurusan serta tenaga pengajar berkaitan keperluan dan perkara yang boleh ditambah baik demi keselesaan anak-anak di tadika ini.
Bagi saya, pendidikan awal memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa depan yang berilmu, berakhlak dan berkeyakinan.
Insya-Allah, setiap keperluan yang mampu dibantu akan terus diberi perhatian dari semasa ke semasa demi kebajikan anak-anak kita bersama.