Dilema Penduduk Kampung Jalan Imam Jalilul Dirungkaikan

Pagi tadi saya berkesempatan meninjau aduan penduduk di Kampung Jalan Imam Jalilul, dalam kawasan mukim Kukusan mengenai kedudukan SJR dan penutupan laluan yang dikatakan kurang sesuai sehingga menyukarkan penduduk untuk melakukan urusan seharian.

Menurut aduan, penutupan jalan masuk Jalan Kukusan berhampiran simpang Jalan Kuari Otentik itu menyebabkan penduduk sekitar Surau Al Jiddan terpaksa melalui jalan yang jauh untuk membeli keperluan di Tanjung Batu Keramat, yang mana sebelum ini mereka boleh ke Hilltop atau Taman Ria untuk berbuat demikian.

Difahamkan, penutupan laluan itu dibuat bagi membolehkan kawasan pemantauan lebih sistematik selepas perlaksanaan PKPD di Kampung Besi Buruk, Tanjung Batu Tengah.

Jika ia tidak ditutup, maka PDRM terpaksa membuka dua SJR untuk pemeriksaan keluar masuk penduduk. Ketika ini PDRM mengalami kekurangan anggota memandangkan bilangan kawasan PKPD yang banyak di Tawau.

Secara keseluruhan, kaedah penutupan jalan itu lebih banyak mendatangkan faedah kepada masyarakat secara keseluruhan termasuk mengekang penularan COVID-19 di kawasan PKPD ke kawasan sekitar termasuk berhampiran Surau Al Jiddan.

Saya berharap agar ia dapat memberi situasi menang-menang baik kepada penduduk mahu pun pihak berkuasa yang sedang bertungkus lumus membanteras COVID-19 di Tawau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.