Dipertemukan Dengan Ustazah Marhamah

Alhamdulillah dalam melaksanakan penganjuran KSK23, saya telah dipertemukan dengan Ustazah Marhamah dalam salah satu kuliahnya. Terus terdetik ingin menjemput ustazah kerana jatuh hati pada cara beliau menyampaikan dakwah.

Sebagai pengisian Karnival Sukan Kukusan 2023 ini adalah wajar pengisian rohani turut diterap dalam kita memajukan kecergasan jasmani di kalangan belia.

Selain dari ceramah ustazah berpandukan Al-Quran dalam mengupas intipati anak muda, saya turut menjemput Timbalan Mufti Negeri Sabah, Penolong Pegawai Dakwah Usia Pusat dan Guru Besar SAR Masjid Quba Semarak Tawau sebagai panel yang akan membincangkan topik ‘Belia Akhir Zaman.’

Forum belia ini akan dimoderasikan oleh Ahli Dewan Belia saudara Khairul Anwar, saudara Ismail Sabran dan saya sendiri.

JUMPA 14 OKTOBER INI BERSAMAAN HARI SABTU JAM 6.30 PETANG DI RUANG LEGAR STADIUM UTAMA KOMPLEKS SUKAN.

Bawa sejadah masing-masing, kita akan solat Isyak berjemaah sebelum mendengar ceramah dari para jemputan kita.

Jumpa di sana, inshaaAllah.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.