Majlis Penututupan Bengkel Lakon & Penulisan Skrip Anjuran MOTAC Dan RUSTA

Saya telah dijemput oleh Persatuan Rumpun Seni Budaya & Sastera Sabah (RUSTA) untuk merasmikan penutupan dan pelancaran buku dari En Hassan Hj Saprin (Tokoh Seni dan Tokoh Teater Negeri Sabah merangkap Presiden RUSTA) dan En Suhaidi Hj Adinin (Guru Besar SK Kinabutan Besar Tawau).

Tahniah kepada semua para peserta yang merupakan pelajar dari Kolej Prauniversiti KPM Tawau yang diwakili oleh En Abd Aziz Yaras selaku Pengerusi Bersama Bengkel Seni Lakon dan Penulisan Skrip Drama Pentas 2023. Bengkel ini juga merupakan sebahagian dari Program Merakyatkan Seni Budaya Teater Bangsawan Negeri Sabah Siri ke 2 (2023).

Pada sebelah malamnya kami turut berpeluang menyaksikan teater bangsawan berjudul Daulat Tuanku yang turut menampilkan bakat para peserta bengkel ini sebagai pelakon tambahan.

Program ini turut dihadiri oleh saudara Zakaria Ariffin (Penerima S.E.A Write Award 2021/2023) dan saudara A. Wahab Hamzah (ASWARA KL).

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.