Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat P191 Kalabakan

Seramai 21 murid TABIKA KEMAS Kg Jawa Lanut telah menyertai Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat P191 Kalabakan, di Kompleks Sukan Tawau, semalam.

Seramai 10 murid lelaki menyertai pertandingan futsal dan 11 murid perempuan menyertai acara bola jaring.

ADUN N.70 Kukusan YB Rina Hj Jainal telah menaja pembelian baju sukan 21 murid TABIKA KEMAS Kg Jawa Lanut untuk digunakan ketika bertanding.

Keputusan pertandingan murid TABIKA KEMAS Kg Jawa Lanut adalah seperti berikut:
Futsal – Naib Juara dan Penjaga Gol Terbaik
Bola Jaring – Naib Juara

YB Rina dan Pejabat DUN N70 Kukusan mengucapkan tahniah kepada anak-anak TABIKA KEMAS Kg Jawa Lanut atas kejayaan yang diraih. ANDA MEMANG HEBAT!

Dikeluarkan oleh
UNIT MEDIA PEJABAT ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.