Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

Tujuh Kali Kemoterapi

 Kempen Membanteras Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak

DIJEMPUT merasmikan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di Dewan Datuk Tun Mustapha Masjid Raya pagi tadi.

Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam membantu dan membimbing kanak-kanak dan ibubapa serta komuniti berhadapan dengan cabaran jenayah seksual pada masa ini.

Kempen Membanteras Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak pada hari ini mempunyai 4 objektif utama iaitu :

  • Meningkatkan ​kefahaman ​kepada kanak-kanak dan Masyarakat berkenaan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak
  • Memberi pendedahan kepada kanak-kanak bagi mengelakkan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak
  • Memberi peluang kepada ahli masyarakat melalui penglibatan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak untuk lebih mengenali kanak-kanak di kawasan masing-masing;
  • Memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat tentang peranan dan Tindakan yang perlu dilakukan jika terjadi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Dalam ucapan saya menyeru agar peranan komuniti seperti Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak, Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak, Persatuan Ibubapa dan Guru, dan lain-lain hendaklah menjadi mata dan telinga serta bertindak melalui pelaksanaan program pencegahan di peringkat komuniti setempat dalam menjaga keselamatan kanak-kanak supaya tidak terlibat dalam jenayah seksual.

Saya juga berharap melalui aktiviti yang dijalankan pada hari ini terutamanya sesi interaktif bersama agensi-agensi yang dipilih telah dapat mendidik kanak-kanak memberi ilmu pengetahuan dan membimbing kanak-kanak untuk tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.