Israk dan Mikraj, Hari Istimewa Yang Penuh Pengajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera

27 Rejab datang lagi. Satu tarikh yang cukup signifikan kepada umat Islam di seluruh dunia dari zaman Rasullullah SAW sehingga kita hari ini.

Banyak peristiwa aneh dan mustahil berlaku (ketika itu), namun, ia memberi gambar jelas tentang kebesaran Allah SWT.

Antara paling diingati adalah perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis (Palestin) sebelum naik ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh untuk bertemu Allah dalam masa 3/4 malam.

Ia juga menjadi menjadi titik mula sejarah solat fardu 5 waktu kita hari ini.

Sesungguhnya, biarpun peristiwa ini berlaku dalam masa yang singkat iaitu hanya dalam 3/4 malam, tetapi ia banyak menceritakan perihal kebesaran Allah SWT dan kasihnya Nabi Muhammad kepada kita, selain banyak menjawab persoalan dunia kita hari ini.
Selawat dan salam ke atas kunjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Salam ISRAK DAN MIJRAJ dari saya kepada anda semua.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.