Kerja Pemasangan Meter Dan Penyambungan Bekalan Elektrik Lampu Jalan Di Bulatan Berhampiran Masjid Raya

RAMAI mengeluh mengenai keadaan jalan yang gelap di Jalan Utara Baru khususnya berhampiran Masjid Raya dan kawasan sekitar.

Pertama, sebaik kerja binaan landskap siap, pihak kontraktor juga telah membuat pembayaran mengenai pemasangan lampu dan bekalan tenaga elektrik di kawasan berkenaan.

Kini pihak SESB telah melakukan kerja pemasangan meter dan sambungan elektrik di kawasan tersebut. Lampu jalan dijangka berfungsi Isnin ini dan Pejabat ADUN N70 Kukusan akan memantau perkara tersebut.

Berkaitan lampu jalan yang tidak berfungsi berhampiran kawasan tanah perkuburan sehingga ke Taman Awam Muhibbah, seperti yang dimaklumkan, semua lampu di situ telah dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mencuri komponen pada tiang lampu.

Sikap tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan pihak SESB menanggung kerugian sekali gus menyebabkan kawasan tersebut gelap.

Justeru, masyarakat juga perlu memainkan peranan agar tidak sewenangnya merosakan kemudahan infrastruktur yang telah disediakan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.