Tiang Lampu Hampir Rebah Di Jalan Utara

Perjalanan pulang saya semalam dari lapangan terbang Tawau menuju ke rumah telah memperlihatkan saya sebuah tiang lampu yang hampir rebah di atas jalan Utara.

Saya singgah untuk melihat keadaan tiang yang sudah retak foundation dan base tanah yang menyebabkan tiang hilang imbangan.

Kami telah melaporkan kepada pihak MPT sesegera mungkin kerana khuatir membahayakan pengguna jalan raya.

Alhamdulillah malam ini pihak MPT telah memotong tiang tersebut yang sudah lama tidak berfungsi. Terima kasih atas kerjasama, diharap dapat memantau keadaan tiang-tiang lain yang usang di sepanjang jalan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini dari berlaku.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.