



Kemarin, saya merasmikan Seminar Kesedaran dan Pemerkasaan Autisme Daerah Kunak 2026. Terima kasih kepada semua penganjur, rakan strategik dan penaja yang sama-sama menjayakan.
Fokus program merangkumi pengenalan kepada autisme, kemahiran sosioemosi dan transisi kerjaya, peranan ibu bapa serta terapi cara kerja, memahami dunia komunikasi anak autisme, dan turut dibincangkan dalam forum khas mengenai sistem sokongan untuk anak autisme.
Kerajaan Negeri Sabah memang komited dengan mewujudkan PAUS . Tapi usaha ini tidak boleh tertumpu di bandar saja. Kunak dan daerah lain juga perlu akses yang sama.
Anak autisme perlukan sokongan kita semua. Ibu bapa, guru, sekolah, hospital, masyarakat dan semua ada peranan. Bila kita bergerak bersama, mereka boleh berdikari dan capai potensi sendiri.
Saya tanya terus, kita sudah cukup faham ka tentang autisme?
Kalau ada di sekeliling kita, apa kita buat?
Kongsi pandangan kamu. Kita bina komuniti yang lebih faham dan lebih peduli.