Meluangkan Masa Melawat Adik Istimewa Azlie Sham bin Ajis

Selepas Zohor tadi saya meluangkan masa melawat adik istimewa Azlie Sham bin Ajis atau dikenali oleh keluarga dan teman-teman sebagai Aken yang baru-baru ini telahpun mendapat keputusan SPM.

Saya mengenali adik Aken pada 2018 lalu ketika menghadiri konvokesyen PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) SMK Kuhara di mana adik Aken membuat persembahan bersama kawan-kawannya yang turut mempunyai masalah keupayaan sepertinya. Namun, keikhlasan menyanyikan lagu ‘Anak’ buat saya tersentuh dan masih teringat sehingga ke hari ini.

Meski memegang kad ‘istimewa’, namun semangat untuk bersama dgn kawan-kawan normal lain telah menghasilkan keputusan SPM yang sangat baik dengan lulus semua subjek dengan Kepujian Tertinggi dalam Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual.

Saya menghadiahkan sebuah alat pembesar suara bluetooth kerana mengetahui adik Aken sangat meminati muzik dan bidang IT. Adik Aken juga bercita-cita menjadi seorang guru muzik atau pun guru IT.

Mudah-mudahan adik Aken menggapai cita-citanya kelak. Bila ditanya apa pesan untuk kawan-kawan yg mempunyai masalah keupayaan sepertinya, jangan rasa rendah diri, jadikan kekurangan sebagai semangat untuk terus maju ke hadapan.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.