Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

 Peranan Wanita Membina Generasi

Semalam saya menghadiri Program Melangkah Bersama Madani bersama YB Senator Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang memberi fokus kepada pemerkasaan wanita serta pengukuhan institusi keluarga.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YAB Anwar Ibrahim dan turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah; YB Datuk Dr. Mohd Arifin bin Mohd Arif, Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan serta YB Datuk Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Malaysia

Program ini mengetengahkan peranan penting wanita khususnya para ibu dalam membentuk nilai, akhlak dan sahsiah generasi masa hadapan. Keluarga yang kukuh akan sentiasa menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang harmoni, prihatin dan berdaya tahan.

Semoga usaha seperti ini terus memberi manfaat dalam memperkasa wanita dan mengukuhkan institusi keluarga demi masa depan yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.