




Jelajah JiwaWanita Borneo hari ini benar-benar menyentuh hati Kisah Saidatina Khadijah R.Anha mengingatkan kita, wanita boleh kuat berniaga dan bekerja, tapi tetap lembut jiwanya bila iman dijaga.
Perkongsian Ustazah Asma’ Harun terasa dekat dengan hidup wanita seharian.
Jadilah wanita penyayang, walaupun penat tetapi sentiasa menjaga hati suami kerana itulah langkah kecil menuju syurga.
Kita mungkin tidak sempurna, tapi selagi berusaha, insyaAllah rumah tangga dan hidup diberkati.
Terima kasih perkongsian ilmu yang cukup bermanfaat kepada hampir 300 wanita Tawau di ISM Tawau semalam.
Sekalung tahniah di ucapkan kepada Puan Mardiana Made Wanita Ikon Sabah 2024/2025 dan Kelab Wanita Ikon Sabah atas penganjuran yang pernuh dengan ilmu ini.