Menjejaki Keluarga Puan Norsiah Tahang, di Taman Muhibbah Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Team Pejabat DUN N70 Kukusan terus mencari pengundi Kukusan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan bantuan.

Terbaharu, kami menjejaki keluarga Puan Norsiah Tahang, di Taman Muhibbah Jaya.

Saya difahamkan keluarga Puan Norsiah terjejas selepas suaminya kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 dan bergantung sepenuhnya dengan pendapatan sebagai pembantu rumah.

Biarpun begitu, satu perkara yang membuatkan saya kagum adalah disiplin yang dijaga oleh pasangan ini dalam mengutamakan pendidikan tiga anaknya Norman, Rosman dan Kasman.

Pasangan suami isteri ini memperuntukan perbelanjaan bulanan untuk memasang wifi di rumah bagi membolehkan anaknya mengikuti PDPR dengan mudah.

Dengan rumah kecil yang dibina di atas tanah buangan, keluarga 5 beranak ini memilih untuk menetap di sini kerana terpaksa mengorbankan peruntukan sewa rumah demi keberlangsungan pembelajaran ketiga-tiga anak lelaki mereka.

Sempena bulan kebangsaan ini, kami turut mengagihkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah yang baru menggantikan bendera lusuh di luar rumah mereka.

InsyaAllah akan ada rezeki untuk mereka suatu hari nanti. Mereka, orang-orang sabar.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.