Melawat Mr Shiu Sang Yan Yang Menghidap Sakit Buah Pinggang di Taman Megah Jaya

Setelah meninggalkan pejabat petang tadi, saya bersama team careline kukusan melawat Mr Shiu Sang Yan yang menghidap sakit buah pinggang sudah 12 tahun di kediamannya di Tmn Megah Jaya.

Beliau sudah tidak bekerja akibat keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan mengharapkan bantuan kebajikan dan PERKESO setiap bulan.

Sejak penguatkuasaan PKP dilanjutkan, pendapatan isi rumah mereka juga terjejas kerana isterinya berkebun dan menjual hasil di pasar yang tidak tetap. Mereka mempunyai seorang anak lelaki yg bakal menduduki SPM tahun ini.

Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit beban.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.